Pengenalan

Dikenali DHUHA HOMESTAY @ Melaka

Di tubuhkan pada Disember 2016, Mula beroperasi di Taman Tanjong Minyak Perdana,Melaka iaitu sebuah rumah Town House 2 tingkat sebelah (bawah).

Kami memilih bawah kerana memudahkan warga emas atau orang kurang upaya boleh menginap tak perlu menggunakan tangga. Dengan kemudahan parkir untuk 2 buah kenderaan berdepan dengan rumah. Serta ruang bersantai, BBQ bersama keluarga akan dibuat ruang dibelakang rumah.

Oleh kerana, permintaan rumah tamu sangat menggalakkan di Negeri Melaka bersejarah ini. Makanya, kami mengambil peluang dan inisiatif membuka homestay ke-2 kami yang berada di Taman Krubong Jaya,Melaka. Sebuah rumah Teres 1 tingkat yang  mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Manakala, bilik tengah yang ketinggiannya 16 kaki ke atas kami telah mengubah-suai tambah loteng ruang atas bagi memuatkan 8-10 orang tetamu boleh menginap dalam sebuah rumah.

Demi langkah keselamatan dan untuk mengelakkan sebarang penipuan atau keraguan para tamu kami. Homestay telah di daftarkan secara sah di SuruhanJaya Syarikat Malaysia atas nama AIMAN DHUHA LEGACY ENTERPRISE (MA0229175-V). Sebarang Pertanyaan/Tempahan boleh hubungi Pn.Azura : 017-629 3100